Diluar bola sepak Kylian Mbappé

Kehidupan peribadi

Dalam wawancara 2018 bersama Time, Mbappé berbicara mengenai pengorbanan yang dilakukannya sebagai remaja untuk menumpukan perhatian pada perkembangan bola sepaknya: "Saya tidak mempunyai saat-saat yang disebut sebagai orang biasa semasa remaja, seperti pergi bersama rakan dan menikmati masa yang baik. Mbappé juga merasa kehilangan menjalani kehidupan sebagai orang biasa di waktu remaja. Namun, beliau juga menyatakan niat untuk menjalani kehidupan yang selalu diimpikan. Hanya lebih dua tahun setelah membuat penampilan profesionalnya, beliau sudah pun mempunyai lebih dari 20 juta pengikut Instagram. Walaupun beliau mengakui "hidupnya benar-benar terbalik dan tetap merasa bahagia" sejak pertama kali menonjol di dalam sukan bola sepak.

Media dan tajaan

Mbappé mempunyai perjanjian penajaan dengan pembekal pakaian sukan dan peralatan Nike. Pada tahun 2017, bakatnya yang luar biasa menyaksikan Nike melancarkan kasut bola sepaknya sendiri pada usia 18 tahun iaitu Kylian Mbappé Nike Hypervenom 3. Pada tahun 2018, beliau juga melancarkan kasut Nike Mercurial Superfly VI yang diilhamkannya daripada kasut dimiliki oleh bekas penyerang Brazil, Ronaldo iaitu kasut R9 Mercurial. Pada tahun 2018, pembuat jam tangan Switzerland Hublot menandatangani Mbappé sebagai duta besar global.

Keistimewaan Mbappé dalam siri permainan video FIFA EA Sports: pada FIFA 18, beliau mempunyai potensi penarafan tertinggi sebanyak 94. Perayaan gol tanda dagangnya - mengambarkan tangannya dilipat dan tangan terselip di bawah ketiaknya yang diilhamkan oleh adiknya Ethan. Perayaan gol yang dilakukan oleh itu Mbappé muncul dalam FIFA 19.

Filantropi

Pada 22 Februari 2018, Mbappé disertai oleh dua bekas penyerang terhebat di Afrika, bekas penyerang AC Milan dan Presiden Liberia sekarang George Weah, dan bekas penyerang Chelsea dan Didier Drogba dari Ivory Coast dalam pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan presiden FIFA Gianni Infantino di Istana Élysée, Paris yang memfokuskan pada projek pembangunan sukan di Afrika. Mbappé menyatakan bahawa perkembangan sukan Afrika penting baginya kerana asal-usul orang tuanya berasal dari Afrika.

Pada 28 Januari 2019, Mbappé menyumbangkan sebanyak $34,000 (sekitar £26,000) untuk kempen pendanaan orang ramai untuk membiayai misi pencarian pesawat ringan yang hilang di Selat Inggeris iaitu pemain bola sepak, Emiliano Sala. Kemudian, pada 10 Februari 2019, Mbappé menyumbangkan £ 27,000 lagi untuk kempen GoFundMe yang dibuat untuk membiayai pencarian juruterbang pesawat yang masih hilang, David Ibbotson.

Rujukan

WikiPedia: Kylian Mbappé http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.leparisien.fr/sports/football/psg/les-b... https://tournament.fifadata.com/documents/FWC/2018... https://uk.soccerway.com/players/kylian-mbappe-lot... https://www.legifrance.gouv.fr/affichTexte.do?cidT... https://www.psg.fr/effectif/kylian-mbappe?season=2... https://web.archive.org/web/20180502051230/https:/... https://web.archive.org/web/20180619164139/https:/... https://www.bbc.co.uk/sport/football/44669497